pertanyaan majlis mesyuarat kerajaan hubungi majlis mesyuarat kerajaan maklumbalas majlis mesyuarat kerajaan peta laman majlis mesyuarat kerajaan
utube majlis mesyuarat kerajaan facebook majlis mesyuarat kerajaan

    SELESAI HAK MILIK TANAH LEBIH 25 TAHUN

    MUHAMMAD Sanusi Md Nor (tengah) diiringi Pegawai Daerah Langkawi (kiri) menyerahkan geran tanah kepada Mohd Usof Hamzah, 71. FOTO Hamzah Osman

     

    LANGKAWI (2 FEBRUARI 2023) : Kerajaan negeri sedia membantu penduduk yang berhadapan masalah mendapatkan hak milik ke atas tanah yang diusahakan mereka sejak lebih 25 tahun lalu.

    Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata berikutan itu, semua pegawai dan agensi kerajaan negeri diminta mempercepatkan proses pemberian hak milik tanah kepada mereka yang layak.

    “Kita berazam tiada lagi penduduk negeri ini yang lahir, besar, berbudaya dan bergaul di bumi negeri ini, tidak memilik tanah untuk mendirikan rumah.

    “Mereka ini (peneroka tanah) tiada tempat lain untuk pergi. Jadi, penduduk yang meneroka tanah lebih 25 tahun patut diberi hak,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

    Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hangat, Datuk Juhari Bulat dan Pegawai Daerah Langkawi, Datuk Abdul Gafar Yahya.

    Muhammad Sanusi berkata, pegawai dan agensi kerajaan negeri diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sudah diminta mempercepatkan proses permohonan hak milik tanah.

    Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Penyerahan Geran Tanah dan Hari Apresiasi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Daerah Langkawi di pekarangan Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi.

    Pada majlis itu, seramai 15 individu menerima geran tanah Felcra In-situ Kampung Kok, manakala 49 penduduk Kampung Selat Bagan Nyior menerima Lesen Pendudukan Sementara (LPS).

    Sumber : Harian Metro

    © 2024 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman | Portal MyGOVERMENT