pertanyaan majlis mesyuarat kerajaan hubungi majlis mesyuarat kerajaan maklumbalas majlis mesyuarat kerajaan peta laman majlis mesyuarat kerajaan
utube majlis mesyuarat kerajaan facebook majlis mesyuarat kerajaan

    GALERI RUNDINGAN BALING KINI DIBUKA

     

    BALING (07 JANUARI 2024) – Rundingan Baling pada 28 dan 29 Disember 1955 merupakan detik bersejarah dalam usaha menamatkan pemberontakan bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM) dimana rundingan ini melibatkan pihak Kerajaan Persekutuan terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Dato’ Sir Tan Cheng Lock dan David Marshall dengan pihak PKM yang terdiri daripada Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin.

    Pengarah Muzium Negeri Kedah, Suhaidi Shukri berkata dalam mengingati peristiwa bersejarah ini, maka Galeri Rundingan Baling ini dibuka dalam mempamerkan pelbagai peristiwa bersejarah berkaitan Baling yang berlaku sebelum kemerdekaan seperti Darurat di Tanah Melayu, Sejarah PKM, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Kezaliman Komunis, Pembanterasa Komunis di Tanah Melayu, Kesan Darurat, Kepimpinan Tempatan di Negeri Kedah dan Peristiwa Rundingan Baling.

    “Ruang asal Galeri Rundingan Baling ini merupakan tempat rehat pemimpin PKM semasa rundingan tersebut berlaku dan tempat bersejarah sebegini harus dipelihara untuk tatapan generasi pada masa hadapan.

    “Pihak Warisan Negara telah menjalankan kerja-kerja konservasi pembaikan bangunan dan selesai pada hujung tahun 2021. Pada tahun 2022, pihak Kementerian Pelancongan telah meluluskan kerja-kerja menyiapkan galeri pameran tetap yang dilaksanakan oleh pihak Lembaga Muzium Negeri Kedah dengan peruntukan sekitar RM270 ribu.

    “Dalam Mesyuarat Tindakan Pelancongan Daerah Baling bersama Jabatan Pelajaran Negeri Kedah pada tahun 2023, dipersetujui bahawa pihak Lembaga Muzium Negeri Kedah diangkat sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab menjalankan operasi harian Galeri Rundingan Baling ini memandangkan mereka mempunyai kepakaran berkaitan pameran dan pemuziuman,” katanya.

    Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Majlis Pembukaan Galeri Rundingan Baling di Galeri Rundingan Baling SK Tunku Putra di sini, hari ini.

    Hadir sama Yang Dipertua Majlis Daerah Baling, Dato’ Abdul Gafar Yahya; Pakar Sejarah Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohd Kasri Saidon serta Prof. Madya Dr. Mohamed Ali Haniffa dan Penolong Pengarah BPEN (Pelancongan), Mohd Juwaidi Mahmood.

    Dalam perkembangan sama, Abdul Gafar berkata buat masa ini, Galeri Rundingan Baling ini hanya dibuka pada setiap hari Ahad memandangkan masih terdapat kerja-kerja penambahbaikan dan naiktaraf infrastruktur giat dijalankan dalam memastikan keselesaan para pengunjung kelak.

    “Kemasukan juga adalah percuma dalam mempromosikan Galeri Rundingan Baling yang baru dibuka ini dimana galeri ini turut mempamerkan sejarah asal usul nama Baling disamping memaparkan tentang kisah hidup masyarakat dan kegiatan ekonomi pada zaman dahulu di sekitar daerah Baling,” ujarnya.

    Sumber : Facebook – Warta Kedah

    © 2024 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman | Portal MyGOVERMENT